Tuesday, December 27, 2011

huh.. sumpah aku tak tahu apa nak cakap. kebenaran akhirnya terserlah juga. apa yang aku takutkan selama ini menjadi kenyataan. tak dapatku luahkan betapa menyesalnya diriku ketika ini. I just want to be alone right now.
U don't know how much it hurt me. Damn!!!

Tuesday, December 20, 2011

Kata-kata seorang sahabat

 x salah kalau nak usaha cari.. tapi biarlah bertepatan dengan tuntutan syarak.. yang penting, jangan sesekali ragu dengan kuasa Allah.. jodoh tu pasti akan datang.. cuma lambat atau cepat tu yg kita x tahu.. sume atas ketentuanNya.. berdoalah dan pohonlah sebanyak-banyaknya dengan Allah.. sesungguhnya doa itu wasilah org mukmin kepada yang Maha Esa.. (Nur Hidayah Malik, 2011)

Monday, December 19, 2011

ianya seperti panah yang telah tercucuk dihatiku. untuk filem-filem barat, adegan ini bermaksud seseorang jatuh cinta. tapi untuk cerita aku, ia melukakan hatiku. terkejut aku apabila dia kata dia sudah berpunya. aku sendiri tak tahu bila dia ber'couple'. waktu aku call dia, aku cakap macam biasa la tapi jauh sudut hatiku terasa seperti baru lepas kena tumbuk secara mengejut. aku tak tau nak respond macam mana lagi.

aku terima seadanya. mungkin dia bukan jodohku. atau tuhan ingin menguji aku. aku serahkan segalanya padaMu untuk menentukan jodohku.

Monday, December 12, 2011

Cannot believe it.

wow... aku betul-betul tak percaya yang aku dah lakukanya. walaupun dalam nada main-main. it is hard for me to say those word and that was the first time and she was the first person to listen to it. pada hari jumaat yang lepas, dia datang Penang untuk balik kampung atas sebab-sebab tertentu. ingin ku menemuinya kerana kali terakhir ku menemuinya adalah pada tahun 2007 ketika kami tingkatan 4. detik bersejarah bagi diriku yang bertarikh 11/12/2011, aku menemui dia di Jeti, Butterworth sebelum dia pulang ke Jengka. hatiku berdebar menanti dia. seperti yang dijanjikan, dia tiba bersama ahli keluarganya. long story short, sebelum dia naik bas aku sempat panggil dia semula. tanpa berfikir panjang aku berkata " kau percaya tak kalau aku cakap aku suka kat kau lagi?"..... dia hanya diam tersenyum sambil menjuling lidah. aku tak tahu perasaan dia terhadap aku. tapi aku mengharapkan kesudahan yang baik untuk kami. tak akan ku lupakan detik itu.

:)

Friday, December 2, 2011

Disebalik Aku, Mereka dan Segalanya

its been a long time since i wrote my last entry. sikap malas yang disokong oleh pemikiran kosong membuatkan aku tak tahu nak tulis apa. but lately, aku secara tiba-tibanya didatangkan ilham yang berlipat ganda untuk menulis entry baru. tapi malangnya hanya satu saja yang aku ingat.

ketika dalam proses untuk membuat blog ni, aku mencari pelbagai nama yang sesuai untuk diletakkan sebagai nama blogku. daripada hidup ini indah kepada cerita tentang aku. semua nama tu dah menjadi kebiasaan orang dan terlampau ramai orang menggunakan nama tu. sehinggalah aku mendapat nama Aku, Mereka dan Segalanya.

setiap apa yang aku tulis, setiap apa yang aku cuba katakan bukanlah sesuatu yang hanya kata-kata kosong. apa yang aku cuba sampaikan biasanya sesuatu yang berisi. setiap perkata mesti ada kisahnya sama seperti lirik-lirik lagu yang aku buat.

ramai yang memperkatakan kepadaku kenapa aku memilih nama ni? tak boleh pilih nama yang best sikit ke? mungkin mereka tak sedar dengan maksud ayat yang bagi mereka tak membawa maksud apa-apa.

Aku, mereka dan segalanya adalah sebuah ayat yang bermaksud segala yang berlaku antara aku dan juga orang disekelilingku. seperti upin & ipin dan kawan-kawan,cerita tu bukan mengisahkan upin dan ipin saja tapi mengisahkan tentang sahabat mereka juga.

Saturday, September 17, 2011

love is wonderful

orang kata cinta itu indah. perkara ini boleh didebatkan. apa yang pasti apabila seseorang itu sedang dilamun cinta, dia pasti akan sentiasa merindui pasangannya. perasaan yang tersimpan didalam hati pasti akan diluahkan kepada pasangannya.

tapi apa akan terjadi pada mereka yang tidak mempunyai pasangan? pasti perasaan yang tersimpan didalam hati akan dibiarkan begitu saja. melainkan seseorang itu meluahkan 3 perkataan itu. alangkah takutnya bagi yang menyimpan perasaan untuk meluahkan isi hatinya. takut ditolak? takut dikutuk? takut diejek? tidak sama sekali. bagiku yang menyukai @ menyintai sahabat ku sendiri, aku takut tali persahabatan akan terputus.

Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran dariku...

pejam celik pejam celik sudah tiba hari raya aidilfitri. wah, rasanya baru semalam umat islam mulakan ibadah pose. cepat sungguh masa berlalu. 

bersempena dengan hari mulia ini, saya Muhammad Dzafir bin Zulkifli ingin menyusun 20 jari termasuk jari kaki memohan ampun maaf atas segala perkara yang secara langsung atau tidak langsung yang telah menyakitkan atau mengguris hati anda sekelian. apa yang berlaku adalah daripada kesilapan sendiri.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saturday, August 13, 2011

Karipap Daging Besar

tinggal 2 minggu lagi sebelom aku nak balik rumah. YAHOO!!!!!!! tak sabar rasanya. hidup diperantau ni banyak dugaannya. tidak disangka. tapi aku amik sume bende in positive way. ini sume satu pengalaman untuk aku harungi dugaan dihari mendatang.

duit sentiasa menjadi masalah untuk kami pelajar. tak ketinggalan aku. aku sekarang nie memang ade masalah duit. hutang pun bertimbun. aish.. hidup2.

aku suka kat die. die nie comel. sweet. baik. ape lagi? giler. comel. kecik molek. kiranya best la kalu dengan die nie.

menu buka posa pada hari ini adalah: air kopi 3 dalam 1 segera. nestum dan karipap daging besar.

selamat berpose dan selamat berbuka posa

Friday, July 15, 2011

Campus Life : Episode 7

tak tipu sekarang pukul 1710 hari jumaat 15hb julai 2011. mula je malam nie cuti pertengahan semester bermula. Melihat kelibat2 pelajar yang makin lama makin hilang membuatkan aku rasa sedih dihati. Melihat mereka semakin hampir untuk berjumpa dengan ahli keluarga mereka dan aku masih lagi tersangkut di Penang, memang rasa seperti nak mencarut je kat semua orang. Tapi sebagai seorang pelajar yang cuba untuk menjadi cemerlang, aku tak patut buat semua tu. Esok aku nak pegi Melaka, ada trip. Memang direct lepas habis trip tu terus balik KL. Tak tipu punya. Korang rasa Rm344 untuk pegi Melaka berbaloi tak? sebab tu la amount kami kena bayar tau. Mahal giler kan? Tapi ape boleh buat. setelah banyak sangat problem, ni yang terbaik. Sekarang ni pun aku ade problem gak. Makanan aku order semalam untuk 30 orang, orang catering tu kena cancelkan lak. Aku dah macam apa hal lak nie? Memang saje nak uji kesabaran aku. Orang tu cakap dorang tak boleh buat sebab dorang esok dah tutup sebab cuti pertengahan sem. Aduhhh!!! patutnye bagi tau la awal2. Ni dah bagi masalah macam ni terpaksa la aku cari orang lain. so, aku gerak dulu..

Aku enjoy giler bace blog OMG!!! dengan RAJInye YEEN... Best kot...

Monday, July 4, 2011

Campus Life : Episode 6

its been a while since aku tulis last entry. apa bleh buat, student dengan busy tu dah mmg x leh nk lari dah. lately aku macam jadi giler sikit kot. tah giler semacam gak la sebab secara tibe2 aku nak girlfriend. giler kan?? tibe2 je kot. lepas tgk lak movie2 cintan kt laptop, lagi bertambah giler aku dibuatnye. mgkn bukan takdir aku tuk ade gf kt U nie. mgkn mase kerja ke, pastu trs bwk jd bini ke... lagi baik.

sejak kebelakangan ni jugak aku selalu jamming tau. mmg kt penang nie je la peluang aku tuk jamming. kt KL tu,  x de sape nk jamming. last sem ade satu band nie cbe amik aku jadi drummer dorang. tanpa pikir panjang, aku accept je but lately aku mcm x sure lak pasal nk jadi drummer dorang. good thing for them, aku rase dorang dah ade drummer lain tp bdk tu still learning la.

as for me, aku akan cube mengharungi segala cabaran sebagai seorang mahasiswa untuk berjadi didunia dan diakhirat. insyallah.

p/s: lagu Hi Awak dalam proses. dan juga TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA YG BERJAYA KE PUSINGAN KE 2 PRA KELAYAKAN WORLD CUP!!!

Tuesday, June 21, 2011

Campus Life : Episode 5

Suddenly words of wonder came out from my mouth. saje je tulis tu. perasaan malas nak belajar nie dah datang balik dah. selepas 3 minggu 1/2 start kelas yag cukup menyeronokkan, tibalah nightmare yang tidak diundang. Miss Raf bakal mengajar kami semula. TIDAK!!!!!!!!!

Miss Husna dah cuba jadi yang terbaik dalam kelas. malah dia dah bersedia dari awal untuk ajar kami. kenapa ini semua harus berlaku? tak nak salahkan mak bapak saje kalu anak dibiar bertaburan?

Anyways, sbg seorang student thats a challenge for me. Miss Husna, we hope that u can teach us next sem.

Insyallah.

Monday, June 13, 2011

Campus Life : Episode 4

bbbbbbbbrrrrrrrrrrrruuuuuuuuuuuuuppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!! kenyang sudah. alhamdulillah aku selesai menunaikan puasa sunat. saje saje je nak puasa. orang kate untuk practise la nnt betul-betul puasa tak de la konon-kononnye tak larat. wah! hidup ni kan kadang-kadang rasa macam ape yg kite buat betul, kadang-kadang rase bende tu salah tapi orang cakap betul. kehidupan seorang mahasiswa yang merantau@duduk berjauhan dengan family ni memang susah tapi bagus sebab kalau duduk kat rumah, korang mungkin tak rasa sgt la rindu dgn family but once u away from home, baru korang tahu macam mana rasenye berjauhan dengan family.



p/s: minggu nie aku nak balik KL. nak jumpa mak aku!!!! :D

Wednesday, June 8, 2011

Campus Life : Episode 3

its early in the morning dan aku dah bangun dari tidur sbb sat lagi aku nak pegi kelas. sempat lagi online facebook. sedar x sedar minggu kedua aku dkt penang ni dah nak habis dah. minggu lepas rasa macam lambat je masa berlalu. melihat kepada jadual aku kt papan kenyataan di meja ni rasa x best pon ada. ye la.. hati kelas boleh katakan penuh gak la. 8- 4 dengan 2 kali break.

alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu aku berada disini, aku dah mula cuba untuk 'adapt' dengan persekitaran disini. aku hampir untuk meninggalkan kolej untuk rumah sewa. tp setelah aku minta petunjuk daripada Allah, Dia beri aku petunjuk mana yang terbaik untuk diri aku.

kini jam tepat menunjukkan 8:08 pagi. kelas start lambat sikit, pukul 8:30. so, aku nak keluar, pegi tunggu bas and belajar.

everyday is a new day. every new day is a challange.

Saturday, June 4, 2011

Campus Life : Episode 2

orang kata kalau kita banyak bersabar, perkara baik akan berlaku kat kita. aku harapkan apa yang orang cakap tu betul la. aku sabar menantikan bila la aku nak habis belajar ni. tension betul la tengok buku tebal2. tak kuasa untuk ku membacanya. tak pa la. tunggu je la. sekarang ni jam tepat menunjukkan pukul 0902. terkejutkan aku bangun pagi? masalahnya aku tak bangun pagi. cuma belum tido je. malam tadi aku keluar dengan member pergi pulau. saje je hangout. dah lama x  hangout sekali. sambil2 hangout aku teringat balik kejadian yang berlaku seminggu lepas masuk sem baru masa sem lepas.

aku dengan irfan dah plan misi awal2, 1st mission is nk kuruskan badan. sikit je pon jadi la. 2nd mission lak...... hehehehehehe... nak cari gf. bukan girl friend, girl friend tu but more to best friend, girl friend. ha.... sebegitu la rupanya. memang betul kita masuk U untuk belajar but korang tak de rasa jealous ke bila member korang duk call@msg teman dia? mesti ada kan. tipu la kalau tak da.

benda tu semua bukan aku yang boleh decide ikut suka hati aku je. kalu ada rezeki aku kat mana2 ada la tu. insyallah x kan ke mananya. biarlah aku jalani hidup aku yang biasa je ni. janji aku bahagia dengan hidup aku.

Tuesday, May 31, 2011

Campus Life : Episode 1

assalamualaikum. hi. nama aku dzafir. orang panggil aku dzafir. umur aku kalau ikut tahun dah 20 tahun. berasal dari kuala lumpur dekat2 dgn zoo negara. mendapat pengajian rasmi bermula pada tahun 1997-2009. kini aku bergelar mahasiswa di UiTM Penang. setiap hari adalah hari baru. inilah cabaran baru buatku. dan inilah campus life ku.


erm.... hari dah masuk hari rabu (1/6/2011) hampir genap 3 hari aku start hadiri kelas. tapi sumpah x tipu rasenye macam aku dah lame kt penang ni. 


1st day kelas. agak seronok gak la sbb dpt jumpe balik kawan2 yg hampir sebulan gak la x jumpe. orang pertama yang aku nampak adalah tira. pergghhh.. rambut baru tu. agak cute gak la =3 . jumpa gak la bdk2 lain lps tu. muncul miss aliaa masuk kelas. bleh tahan gak la lecturer tu. 


semalam kelas mula awal pkl 8 pagi. malas2 aku pon nk x nk terpaksa bangun gak la. aku macam sem2 sebelum ni, antara yang terawal masuk kelas. tgh2 relek dalam kelas tu, orang pertama masuk kelas tira. aish... tira lagi. ade pape ke ni??? x de kot... haha... agak lambat gak lecturer tu masuk. nak 20 minit lambat. "comelnye makhluk", kata hati ku. igt kan student bru rupe2nye tu la lecturer kami, miss nisya. die punye comel.... x igt...


tadi kelas HR kami lecturer baru gak. yg nie bleh la.. x de la comel mana tp ok la. 


dah 3 hari nie rasenye ok la kot. yg kisah hi awak tu aku cube tuk letak tepi tapi x bleh la. aku x de la selalu nmpk die tp ade la kadang2 tu aku nmpk die. 


yang pasal bdk kelas tu lak aku nk cbe slow talk ngan die tp x de masa yang sesuai la. tgk la mcm mane. its kinda awkward.

Sunday, May 29, 2011

Campus Life : Pilot Episode

assalamualaikum. hi. nama aku dzafir. orang panggil aku dzafir. umur aku kalau ikut tahun dah 20 tahun. makin tua la kiranya. aku berasal dari kuala lumpur aka KL. tapi kini aku menetap di pulau pinang atas alasan pembelajaran. aku mendapat pendidikan rasmi pada tahun 1997 di tadika amal di au5, lembah keramat. seterusnya melanjutkan pengajian di SK Taman Permata pada tahun 1998-2003. pada tahun 2004-2008 aku belajar di SMK Taman Melawati. orang cakap sekolah tu sekolah artis. aku tak tau la. seterusnya aku mengambil sijil pada julai 2009 - dis 2009 di GIATMARA, wangsa maju dalam kursus masakan dan pramusaji. kini aku bergelar seorang mahasiswa di UiTM Pulau Pinang dalam jurusan pengurusan pelancongan peringkat diploma. kini bermulalah episod baru dalam hidupku. inilah yang ku tunggu2. inilah campus life ku.

Sunday, April 3, 2011

terima kasih

hi. assalamualaikum anda semua. wah... dah lama x masuk blog nie. korang mesti x rindu pon nk msk entry nie. blog saya nie bknnya best pon. dah lame x update lak tu. so x terkejut la kalu korang x igt nk tgk pon blog saya. diam x diam, pejam celik pejam celik, mandi makan mandi makan, tau2 dah nak abih sem 3 dah. pergh... korang nak tau x, saya nie sorang stalker n im not proud of that. saya nak berkenalan ngan sorang nie. tp takut la nak tegur. dah la nak abih sem nie.


akhirnya i can sing my on song.. seriusly.. dengan bantuan the krave (cari kt facebook) lagu itu siap. tapi x sepenuhnya lagi but still lagu tu best sgt dan saya sgt sukakannya....


awak2 sekelian. terima kasih

Friday, March 4, 2011

hao jiu bu jian.... no hao ma???

Hi anda sekelian. wah!! dah berhabuk n bersawang dah blog ku ini. bknnye x nk update tp x de idea la nk tulis ape... hrmmm..... dah mmg lumrah manusia nie seorang yg pelupa... jadi x leh nk buat pape la kn....kalu dah lamae x update, maksudnya mesti byk giler story tp aku sendiri x tau nk tulis ape sbb byk sgt....

ha... korang nya pasal, aku nk cite bende best... kalu korang nk tau aku sekarang tgh jd stalker tau... bkn mengintai org mandi... x elok la.. aku bleh katakan tgh usha sorang pompuan nie. aku selalu nmpk die makan kt dewan makan. kt situ je la aku stalk die. x de la smpi nk ke bilek ke ape. aku x giler smpi mcm tu lagi. hari tu mase ade LDK, aku ada la nmpk die jln ke LP. nmpk la die lepak2 ngan kwn die. yg buat aku terkejut beruknye adalah die lepak ngan bdk degree la... aduh... aku punye la heart broken sbb die mgkn lagi tue drpd aku da. dalam masa yang sama, 3rd sem nye LDK was the best LDK ever kot. mmg terbaik la. sume sporting. and the best part is i meet someone from wangsa maju. her name is .... mane bleh bg tau... nnt korang carik.. she is nice.. i am really thankfull becoz i get to know her.

kisah stalking tu x abih lagi... korang nk tau x hari nie aku g kls mcm biase. ke blok mechy kls marketing mcm biase. tp td ade luar biase cket sbb i saw her again... bkn bdk LDK tp yg aku stalk tu... n shes wearing letrik nye jaket.. ini bermaksud die bkn bdk degree... wowowowowowo.... seronok giler... and i know her name... hahahhaa.... giler bangga aku...

aku x leh nk story byk sgt la sbb laptop nk abih batery. right now im on my way to changlun sbb abgku nk kahwin esok. so, abah pls drive carefully......
aku minta diri dahulu... terima kasih kerana sudi membaca blog saya....haha

Friday, January 28, 2011

Hi. kita sekarang mengalami hari2 yg ade sikit suka dan sikit duka. biasa la hidup nie kalu kate suke je, gile namanye. mane ade org tu bahagia je. bohong giler la tu... mmg kita ckp buto pak ang la.... 

sekarang nie kita telah ditinggal kesepian berseorangan di kolej. semua orang tinggalkan kita. dorang dah balik. kita blom lagi sebab kita tumpang orang. so, kita buat la cara menumpang. 

awak nak tau tak, sekarang hati kita lega sikit sebab tadi kita sms kat budak kelas kita yang kita ada gaduh sebab kita panggil dia dengan panggilan yang dia x suka. awak nak tau x dia cakap ape??? ha.... dia dah tak marah kat kita lagi. 
SERONOKNYE!!!!!  pastu kita cakap la kat dia semoga dia selamat sampai rumah sebab dia tengah odw balik rumah dia. dia pon dah balik dah. kita belom lagi.

sekarang nie macam dah pelik sikit la bila masuk kelas. kita rase macam something wrong la. rupa2nya sebab kita rase macam "si dia" dah x nak cakap@jumpa kita lagi. awak! awak nak tau tak hari tu tah hari apa kita dah tak ingat kita bgtau dia yang kita suka kt dia tau. tapi bukan secara muke ke muke. sms je. mase tu kita tgh main game sambil tu dgr lagu. suddenly, kuar la satu lagu yg syahdu. secara automatic nya kita amik fon nokia 1110 kita pastu kita tulis kat sms tu "wei, aku suke kt kau". mcm tu la awak bunyi nye. sekarang dia macam x nak ckp ngan kita. td kita call die. mulenye tujuan lain tapi dah alang2 kita call die, kita pon ckp la kt dia kalu die x suke kita call die ke, kacau dia ke, x nak jumpa kita ke dia kena la bgtau kita. sbb kalu dia x bgtau macam mane kita nak tau. tp kita rase macam rindu terubat gak la sbb kita dpt dgr suara die... hehehehehe...


awak! kita macam nak cakap lagi tapi kita x tau nak ckp ape lagi.... nnt kita cakap lagi ye awak. 

bye awak!!

Thursday, January 20, 2011

erm......

sejak akhir-akhir ni aku dah macam tak de mood nak tulis lagi la. padahal BANYAK GILER benda yang jadi. memang unexpected la. aku sendiri pun tak percaya yang aku buat benda ni. macam mana nak cakap ha.