Tuesday, December 27, 2011

huh.. sumpah aku tak tahu apa nak cakap. kebenaran akhirnya terserlah juga. apa yang aku takutkan selama ini menjadi kenyataan. tak dapatku luahkan betapa menyesalnya diriku ketika ini. I just want to be alone right now.
U don't know how much it hurt me. Damn!!!

Tuesday, December 20, 2011

Kata-kata seorang sahabat

 x salah kalau nak usaha cari.. tapi biarlah bertepatan dengan tuntutan syarak.. yang penting, jangan sesekali ragu dengan kuasa Allah.. jodoh tu pasti akan datang.. cuma lambat atau cepat tu yg kita x tahu.. sume atas ketentuanNya.. berdoalah dan pohonlah sebanyak-banyaknya dengan Allah.. sesungguhnya doa itu wasilah org mukmin kepada yang Maha Esa.. (Nur Hidayah Malik, 2011)

Monday, December 19, 2011

ianya seperti panah yang telah tercucuk dihatiku. untuk filem-filem barat, adegan ini bermaksud seseorang jatuh cinta. tapi untuk cerita aku, ia melukakan hatiku. terkejut aku apabila dia kata dia sudah berpunya. aku sendiri tak tahu bila dia ber'couple'. waktu aku call dia, aku cakap macam biasa la tapi jauh sudut hatiku terasa seperti baru lepas kena tumbuk secara mengejut. aku tak tau nak respond macam mana lagi.

aku terima seadanya. mungkin dia bukan jodohku. atau tuhan ingin menguji aku. aku serahkan segalanya padaMu untuk menentukan jodohku.

Monday, December 12, 2011

Cannot believe it.

wow... aku betul-betul tak percaya yang aku dah lakukanya. walaupun dalam nada main-main. it is hard for me to say those word and that was the first time and she was the first person to listen to it. pada hari jumaat yang lepas, dia datang Penang untuk balik kampung atas sebab-sebab tertentu. ingin ku menemuinya kerana kali terakhir ku menemuinya adalah pada tahun 2007 ketika kami tingkatan 4. detik bersejarah bagi diriku yang bertarikh 11/12/2011, aku menemui dia di Jeti, Butterworth sebelum dia pulang ke Jengka. hatiku berdebar menanti dia. seperti yang dijanjikan, dia tiba bersama ahli keluarganya. long story short, sebelum dia naik bas aku sempat panggil dia semula. tanpa berfikir panjang aku berkata " kau percaya tak kalau aku cakap aku suka kat kau lagi?"..... dia hanya diam tersenyum sambil menjuling lidah. aku tak tahu perasaan dia terhadap aku. tapi aku mengharapkan kesudahan yang baik untuk kami. tak akan ku lupakan detik itu.

:)

Friday, December 2, 2011

Disebalik Aku, Mereka dan Segalanya

its been a long time since i wrote my last entry. sikap malas yang disokong oleh pemikiran kosong membuatkan aku tak tahu nak tulis apa. but lately, aku secara tiba-tibanya didatangkan ilham yang berlipat ganda untuk menulis entry baru. tapi malangnya hanya satu saja yang aku ingat.

ketika dalam proses untuk membuat blog ni, aku mencari pelbagai nama yang sesuai untuk diletakkan sebagai nama blogku. daripada hidup ini indah kepada cerita tentang aku. semua nama tu dah menjadi kebiasaan orang dan terlampau ramai orang menggunakan nama tu. sehinggalah aku mendapat nama Aku, Mereka dan Segalanya.

setiap apa yang aku tulis, setiap apa yang aku cuba katakan bukanlah sesuatu yang hanya kata-kata kosong. apa yang aku cuba sampaikan biasanya sesuatu yang berisi. setiap perkata mesti ada kisahnya sama seperti lirik-lirik lagu yang aku buat.

ramai yang memperkatakan kepadaku kenapa aku memilih nama ni? tak boleh pilih nama yang best sikit ke? mungkin mereka tak sedar dengan maksud ayat yang bagi mereka tak membawa maksud apa-apa.

Aku, mereka dan segalanya adalah sebuah ayat yang bermaksud segala yang berlaku antara aku dan juga orang disekelilingku. seperti upin & ipin dan kawan-kawan,cerita tu bukan mengisahkan upin dan ipin saja tapi mengisahkan tentang sahabat mereka juga.