Friday, December 2, 2011

Disebalik Aku, Mereka dan Segalanya

its been a long time since i wrote my last entry. sikap malas yang disokong oleh pemikiran kosong membuatkan aku tak tahu nak tulis apa. but lately, aku secara tiba-tibanya didatangkan ilham yang berlipat ganda untuk menulis entry baru. tapi malangnya hanya satu saja yang aku ingat.

ketika dalam proses untuk membuat blog ni, aku mencari pelbagai nama yang sesuai untuk diletakkan sebagai nama blogku. daripada hidup ini indah kepada cerita tentang aku. semua nama tu dah menjadi kebiasaan orang dan terlampau ramai orang menggunakan nama tu. sehinggalah aku mendapat nama Aku, Mereka dan Segalanya.

setiap apa yang aku tulis, setiap apa yang aku cuba katakan bukanlah sesuatu yang hanya kata-kata kosong. apa yang aku cuba sampaikan biasanya sesuatu yang berisi. setiap perkata mesti ada kisahnya sama seperti lirik-lirik lagu yang aku buat.

ramai yang memperkatakan kepadaku kenapa aku memilih nama ni? tak boleh pilih nama yang best sikit ke? mungkin mereka tak sedar dengan maksud ayat yang bagi mereka tak membawa maksud apa-apa.

Aku, mereka dan segalanya adalah sebuah ayat yang bermaksud segala yang berlaku antara aku dan juga orang disekelilingku. seperti upin & ipin dan kawan-kawan,cerita tu bukan mengisahkan upin dan ipin saja tapi mengisahkan tentang sahabat mereka juga.

No comments:

Post a Comment