Thursday, December 23, 2010

wah! sudah lama rasanya tak mengetaipkan kat blog ni. apa khabar semua? sejak last blog yang dipost tu, banyak sangat aktiviti yang dijalani. quite nice la cuti sem ni, i have done something yang tak sangka akan ku buat.


pada cuti ni, aku dapat main softball balik. best giler! dapat jumpa member lama dan baru. pagi tu dimulakan dengan friendly lawan team keramat. macam biasa keramat menang.

ni la team softballku yang datang hari tu. tapi tak semua ada dalam gambar ni. ada yang dah balik awal. event ini tak berakhir disitu. malam tu pula, kami ada bbq di alam damai,cheras.


 

Wednesday, December 8, 2010

9/12/2010

tarikh tu telah tiba sebentar tadi dan aku tak rasa apa pun. sama je. ada la sikit bezanya. tadi buka facebook ada la beberapa-beberapa orang yang wish aku tadi. terima kasih bebanyak diucapkan kepada mereka. kalau dulu semua orang akan sms. henfon tu setiap 5 minit mesti berbunyi je sampai rasa nak baling henfon. teknologi makin maju. so,people use facebook right now. so, terima kasih la kepada semua yang ingat. sebenarnya aku tak kisah pun kalau ada yang ingat ke tak tapi thanks a lot kepada yang wish......

happy birthday to me....!

Monday, November 29, 2010

aku, mereka dan 2 minggu

wah. sudah lama aku tak meng'update' blogku ini. rasanya dah penuh dengan sawang. tepat pada pukul 2.17 pagi, dan aku masih lagi berjaga kerana apa pun aku tak tahu. malang buat diriku ini kerna tak dapat bekerja pada cuti sem ni. dah dua cuti sem berturut-turut aku tak dapat kerja.

sejak cuti ni, aku macam biasa la walaupun tak mempunyai wang tapi masih lagi keluar malam dan balik pada subuh hari. kemudian bangun pada tengah hari. mak aku sentiasa bising padaku kerna bangun lambat. tapi aku tak kisah. bukan kerna aku kurang ajar tapi kerna aku dah lama tak kena bising dengan mak ku. mentang-mentang la kita ni duduk jauh jadi agak rindu la.

aktiviti lepak malam ku biasanya bermula pada pukul 12 tengah malam. aku pun tak tahu kenapa kami tak nak lepak lebih awal. tempat pertama yang biasanya kami akan pergi adalah ke tempat pool di wangsa maju. memang sudah menjadi lumrah bagi kami untuk pergi bermain pool dahulu. kemudian baru lah kami akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk mendapatkan kata putus untuk ke destinasi seterusnya. sejak akhir-akhir ini kami sering memperkatakan mengenai satu port "BAIK PUNYA". pada mulanya aku tak mengerti port apa yang diperkatakan sehinggalah aku dibawa ke sana.

masa berlalu dengan fast. cutiku kini hanya tinggal sebulan. setelah 2 minggu dirumah, aku berasa sungguh seronok kerna dapat bertemu semula keluarga, rakan-rakan dan mereka yang ingin ku jumpa. tapi aku masih tertanya-tanya mengenai khabarnya di sana. pada awal cuti yang lalu aku berkesempatan untuk meng 'sms' dia. alhamdulillah tanpa halangan dia telah reply sms dia. aku agak seronok gak la. dia ada story dengan aku yang dia sekarang sedang mengambil lesen L. wah! bukan main seronoknya dia dalam sms tu. bukannya apa sejak di penang lagi dia bising pasal nak drive kereta. aku tumpang gembira untuk kau. tapi sejak kebelakangan ni aku agak susah untuk contact dia. bukannya aku tak call tapi dia yang tak angkat. banyak kali pula tu. bila aku menghantar sms, dia tak reply. sehinggalah pada satu hari tu dia online facebook dia. aku pun bertanya la dia. menurut status baru dia, sepertinya dia sedang memerhatikan seorang mamat yang katanya memang kena taste dia la. aku pada masa itu bercampur aduk perasaan ku. tapi aku sentiasa cool. kami berborak seperti biasa sehinggalah aku bertanya pada dia. "asal susah nak contact kau sekarang? aku call kau tak angkat" dan dia langsung tak reply seterusnya offline. jadi sekarang ni aku tak tahu sama ada dia memang tengah sibuk atau dia sengaja mengelakkan diri daripada aku. biarlah. just wait and see.

Sunday, November 14, 2010

Di keheningan malam bertemankan nyamuk yang menggigit

Duduk aku berseorangan di luar rumah bertemankan nyamuk yang menghinggap. Aku ingat malam ni nak tidoq awal tapi seseorang telah mengubah persepsiku. Ni semua salah kau fafa. Aku nak tidoq dah lepas tengok bola. Kau ngan Cha tiba-tiba cakap pasal skype. Tapi tak mengapa. Ada bagusnya tu.Tak da la terputusnya hubungan silaturrahim antara kami. Aku tak da member yang ada skype la. Biarlah.

Saturday, November 13, 2010

Bagaikan si luncai terjumpa kapal

alhamdulillah. Sampai gak aku ke rumah. Dapat gak aku tengok muka-muka yang aku nak tengok. Tapi agak sedih gak la tinggalkan Penang. Ye la, sem 2 ni tak macam sem 1 dulu. Dulu sem 1 aku tak sabar nak balik rumah. Tapi sem 2 ni walaupun tak sabar nak balik rumah tapi deep inside my heart thers's still sadness. I have done some unexpected things. So,tengok la sem depan macam mana. I'm looking forward for it.














Dia masih tak faham.......
='(

Thursday, November 11, 2010

12 / 11 / 2010

Today is the day. 12/11/2010. Hari penghabisan untuk belajar di UiTM bagi semesta 2. Tarikh tu juga menunjukkan yang aku nak balik KL dah. Aish.....macam-macam benda terjadi di sem 2 ni. Ada yang suka dan ada yang duka. Biasalah tu. Hidup seseorang manusia tu mesti ada asam garamnya.

Dalam semesta 2 ni, ada la beberapa perkara yang aku tak sangka yang aku tak jangka yang aku tak pernah terfikir atau terlintas pun di fikiran untuk aku melakukannya.

Boleh gak la aku share sikit apa yang terjadi.

Bagi yang dukanya, macam ni ceritanya. Aku ada seorang kawan ni yang bernama T(bukan nama sebenar). T ni dia agak suka berpakaian seperti lelaki. Tapi kalau dia pakai baju kurung.....terboik wa cakap sama lu. Comel gila!! Macam ni masa kejadian tu berlaku hari jumaat tak silap aku. Masa tu ade test management. Sebelum start test, biasa la budak-budak semua sibuk baca buku. Last minute study la katakan. Aku sampai-sampai dewan, aku pun buka buku gak. Selepas itu T ada kat sebelah aku. Dan selepas itu aku borak-borak dengan budak-budak lain termasuk la dia. Secara tak sengaja, aku memanggil dia dengan satu panggilan yang dia dari dulu lagi dah cakap kat aku dia tak suka dipanggil begitu. Apa panggilan tu dirahsiakan. Aku memang serba salah gak la. Selepas test aku minta maaf kat dia. Balik rumah aku sms dia lagi. dia reply katanya dia ok. Aku pun dah janji dengan dia yang aku tak kan panggil dia macam tu lagi. Tapi dia sekarang macam dah tak suka nak jumpa aku dah...So, tunggu next sem la macam mana. Kalau dia masih macam tu aku cuba slow talk dengan dia la.


Tu yang duka. Yang sukanye lain ceritanya. Tapi aku tak tau la aku suka atau tak. Sebab aku tak pernah terfikir aku akan buat macam tu. Yang pertamanya masa on the way nak balik Penang dari P.Perhentian aku memang berjaga dalam bas tu walaupun jam menunjukkan dah pukul 10. Aku ada minat kat minah seorang ni. Aku tengok dia tidoq best je. Tapi aku perasan gak la yang dia macam kesejukan. Pikir panjang gak aku sama ada nak buat atau tak. Setelah dibincang dengan member aku sorang ni S(bukan nama sebenar), aku pun meletakkan akunya sweater kat dia. BETOL....aku tak tipu. Aku sendiri tak percaya yang aku berani buat macam tu. Ingatkan tak ada orang nampak, malangnya ada seorang member H(bukan nama sebenar)  ni nampak. Sebab yang lain tengah tidoq. Sekali esoknya A post kat wall aku kat facebook "Hero gadis-gadis". Sampai ke kelas dia panggil aku macam tu. Aku biarkan je la.

Ada lagi satu. Yang ni lagi la dasyat. Baru saja berlaku. Ada satu hari ni aku,S,F dengan A pergi QB. Aku memang menceritakan segala benda dengan S. Aku ada satu plan ni. So, kat sana kami pergi ke satu kedai serbaneka. Aku ada beli la benda macam patung kecik-kecik la. Aku tak ada duit nak beli yang besar-besar. Bila F tanya aku patung ni untuk siapa, aku asyik bagitau dia yang aku nak bagi hadiah dekat si dia yang disayangi / dicintai. F pun tolong aku pilihkan sebab aku ni lelaki mana la tau perempuan suka apa. Tanpa disedari sebenarnya hadiah tu untuk dia. Recently gak la hari jadi dia. Tapi ada orang buat lagi gempak untuk dia. Aku ada story dalam blog aku sebelumnya. So, aku ambil keputusan untuk bagi dia sebelum kami balik rumah masing-masing. And guest what aku baru sahaja bagi dia tadi. Aku suruh dia janji dengan aku buka hadiah tu nanti. Sekarang ni aku tak tau la dia dah buka belum. Sebab aku agak malu kalau dia buka depan aku. Aku kan tak pernah buat benda macam ni. So, sekarang ni aku tak tau la reaksi dia apa kalau dia dah tengok. Aku ingat sebelum aku balik sat lagi , aku nak jumpa dia jap. Nanti lama tak jumpa dia. Rindu nanti. Aku harap dia tak balik lagi la. Dan aku harap dia dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan melalui hadiah tu.

So, akhir kata majulah sukan untuk negara....
MALAYSIA BOLEH!!!!!

Wednesday, November 10, 2010

Tears Drop......Again

Baru-baru nie aku ade tengok movie. Maklumlah kt laptop + external aku ade banyak movie. Sampaikan lecturer aku pon nak pinjam akunye external. Satu movie nie aku tak pernah tengok. Yang satu lagi aku dah tengok sebelom nie tp disebabkan baru download, aku tengok la lagi. 


Movie pertama yang aku maksudkan adalah MARLEY & ME.


Aku tak pandai nak menceritakan cerita tapi aku akan cube sedaya upaya aku untuk pahamkan korang. Cerita ini mengisahkan John yang membuat kejutan kepada isterinye Jennifer dengan menghadiahkan seekor anjing yang diberi nama Marley. Marley adalah seekor anjing yang 'hyper'. Pada mulanya agak sukar bagi mereka untuk menjaga Marley sehingga pernah terfikir oleh isterinya untuk membuang Marley. Tapi ditentang John. Marley hidup bersama dengan keluarga John daripada kecil sehingga usia Marley tua. Marley juga seekor anjing yang makan apa saja termasuklah kadboard. Pada usia tuanya, Marley telah dikesan mengalami komplikasi di perutnya. Banyak cara telah dilakukan oleh John tapi tiada hasil. Sehinggalah John mengambil keputusan untuk mematikan anjing nya sendiri. Cerita yang cukup sedih.


Lagi satu movie yang aku tengok adalah Taegukgi a.k.a Brotherhood.




Korang ingat lagi tak cerita nie? best kan? Ok. Kisah cerita bermula pada 1950an dimana ketika itu Korea Selatan(KS) dengan Korea Utara(KU) berperang. Dua beradik, Lee Jin Tae dan Lee Jin Seok terpaksa meng'volunteer'kan diri mereka masuk askar. Ketika dalam askar, Jin Seok perasan yang abangnya berubah sikap mengejar pangkat. Membuatkan hubungan mereka tak seperti dulu. Disatu kejadian, dua beradik ini melihat dengan kepala mereka yang tunangnya Jin Tae dibunuh oleh pasukan amende Korea Selatan. Mereka berdua ditangkap oleh askar KS. Komander ditempat itu telah mengarahkan penjara dibakar kerana pangkalan mereka diserang askar KU. Jin Tae yang menyangka adiknya mati dalam kebakaran itu telah berpaling tadah ngan menge'join' KU. Endingnya......korang tengok sendiri la. kalu cerita tak seronok la. Tapi memang korang kena tengok cerita nie. Tak sia-sia korang tengok.

Relate dengan tajuk blog pada hari nie, tak tipu aku cakap kat korang yang aku menangis giler tengok dua cerita nie. Cerita yang first  tak sangat la tapi cerita Taegukgi memang aku menangis macam orang giler.Nasib baik orang rumah sume dah tidoq. Kalau tak agak malu den.

Akhir kata daripada aku.....korang tengok la dua cerita nie. Memang best.

Monday, November 8, 2010

The Best Dream Ever!!!!!

nie..
nk berkongsi cerita sikit...
biasenya aku x tido tgh hari...
tp tah mcm mane mengantuk tahap GABAN punye pasal,tertido lah aku....
sebelom-sebelom nie ade je mimpi yg horny best....
tp x sebest yg nie......

nk tau mimpi ape????
nie mesti korang pikir mimpi awek....
mimpi-mimpi awek nie dah biase la....
mimpi nie lain drpd yg lain....
sbb best giler!!!!

aku mimpikan mak aku......
aku rase jarang-jarang sekali aku mimpikan mak aku....
tp td aku mimpikan mak aku....
apa yang aku ingat kami tengah makan kt dapur....
berbual-bual.....
biase la....
tp ade lain sikit....
kami bergelak sakan....
dimana kami kadang-kadang je bergelak.....

pastu mak ade tanye soalan cepumas.....
bkn x nk bgtau korang tapi masalahnya sekarang aku x ingat soalan tu.....
tapi yang aku ingat aku mcm x leh nak jawab soalan tu....
lepas tu kami gelak sakan lagi...

lepas je gelak tu,aku pon bangkit dari tido.....
aku bangkit dari tido,duduk bersila dan tersenyum sorang-sorang mcm orang giler.....
kesah apa aku orang nk kate aku giler....
seronok kot dapat mimpi mak aku....
ye la...sapa x sayangkan mak.....
aku pon sayangkan mak aku walaupon aku x pernah luahkan 3 perkataan tu.....

serius aku cakap aku x sabar nak balik rumah....
aku nk jumpa mak aku....
aku rindukan kuah kurma teloq yang mak aku buat.....

akhir kata dariku....
Love U Mak......!

Sunday, November 7, 2010

Saya ',.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,' Dia (fill in the blank)

today is another boring day here in penang.....
boring giler kot...
x tau nk buat ape...
setiap hari buat bende same je....
bangun pagi.....
kentut dlu........
pastu g toilet........
and then buka laptop.......
the same thing every day.......
x rase bosan ke buat mcm tu.........
hari nie pon sama.....
hari nie ade jom heboh kt batu kawan.......
kalu ikot hati mmg nk g.........
tp apakan daya.........
x de transport........
nk tumpang member tu, kete die kecik je........
kalu msk aku habis la sempit.........
so,x nk la menyusahkan org........
tp kalu dapat follow mesti best kn.........
satunye dapat jalan-jalan..........
x de la asyik ddk rmh je mcm skarang nie...
selepas itu dpt luangkn masa dengan 'dia'...
tu yg lagi best tu....
boleh la jalan-jalan ke....
story-story ke.....
dah la tinggal bape lame je lagi kt penang nie....
lepas nie cuti sem rasanya susah nk jumpa die....
ye la...duduk pon jauh....
rasenye mmg x jumpa la kot....
melainkan kalu die turun KL la.....
tp mesti die turun KL ngan member die....
mane die turun ngan aku.......
kalu la dpt pegi berjalan dengan die hari nie.....
tp berdebar gak nk tggu hari last kt sini....
aku ade 'supris' nk bg kt die.....
x tau la die akan terkezut x dgn 'supris' tu nnt......
tgk je la mcm mana nnt.....

Thursday, November 4, 2010

Aku, dia dan "SURPRISE"

tah bila akan tiba tarikh itu......
telah ku sediakan surprise untukmu.....
dengan harapan kau akan terkejut betul......
nantikan tarikh itu wahai ......................
kan ku diarikan peristiwa itu nnt....
kerna peristiwa itu bakal mengubah hidupku.....

Sunday, October 31, 2010

Di Sinari Dengan Cahaya Bulan.

Malam yang dingin, udara yang segar, malam yang indah.....

Bersama dengan alunan lagu avenged sevenfold yang dimainkan oleh teman serumahku.......

cukup indah.....

Saturday, October 23, 2010

aku, saya dan penang

alhamdulillah, sampai gak aku ke penang. x sabar nye nk amik final exam nie.



wish me luck!!!!!!!

Tuesday, October 12, 2010

****

mcm fuck.....

assignment menyusahkan orang....

mcm babi.....

Aku, mereka dan ................

still at kfc seberang jaya,penang since 10.30.......

still doing this fucking assignment given by miss raf....

still not finish it.........

and now already 12.46 am......

and...........

.............

.............................

(no comment)

Saturday, October 9, 2010

aku, dia dan jealousy

wah. baru2 nie hari jadi dia. disebabkan duit x de, aku pon x dpt nk buat pape tuk die. tapi aku ade sediakan bende lain. surprise tuk die gak. tak pe la. janji hari tu tepat pada jam 00:00 tgh malam aku telah menjadi orang pertama yang wish dia punya birthday. tapi rasenya dia x perasan kot. tingshuo, hari tu dia dapat surprise birthday celebration. wah!! seronoknya. untuk dia la. tuk aku lak, perasaan cemburu tu menguasai diriku. 








DbZ

Friday, October 8, 2010

aku, dia dan minta maaf.....

dalam masa beberapa jam saje macam2 bende berlaku....

tgh hari td.....seblom buat test.....semasa buat test....dan selepas buat test...


tgh hari td tu...malas la nk cite....


sblom amik test aku telah melukakan hati sahabatku sorang nie....


sampai skarang nie aku rase bersalah giler!!!...

aku dah minta maap dan die terima tp rasenye mgkn akan amik masa yg agak lame tuk die terima maaf aku....


die nie cool,sempoi....mgkn sbb tu la aku pon main cakap lepas je....


aku seriously mintak maaf!!!! aku dah janji ngan die yg aku x kn pggl die dgn pggilan yg aku pggl die seblom nie.....


mase test lak seronok cket sbb soalan essay sng...


pasai pa senang.pasai penah buat dan seblom test aku dok baca bnd tu ja.....


selepas test sebenarnya bknnye ade ape sangat....so,x yah story la.....


tp untuk T(bukan nama sebenar) aku mintak maaf banyak2.....seriously....
:(

Thursday, October 7, 2010

not in a mood....

serius la....

bende kecik pon nk dibesarkan ke....

come on la...

dah la...

malas aku nak layan.....

Saturday, October 2, 2010

Cool down.....

lega sikit lepas meluahkan kate2 kpd beberapa org yg ku percayai....
thanks to those who help me, give me some advice.....
i really appriciate it.....
x jadi la nk jauh dari die....
sbb dlu mase giatmara dlu, aku pernah bgtau member beberapa misi aku kt U....
salah satu nye dah dapat....
cme nk kene pertahankan je....

papahal pon sha, lisa n dyla....
thanks for giving me advice....

Wednesday, September 29, 2010

susah la.....

x tau la....mmg la suka kt die....tp x sedap la plk kalu bla dr hidup die mcm tu je....bknnye aku sengaja suka kt die....bende berlaku di luar kawalan kita......seronok bila bersama dengan dia.....lebih2 lagi bila dia mula percaya kat kita.......lepak pon sekali.....makan pon kadang2 sekali......kalu dia tgh susah rasenya aku yg dicariknye dulu......biasa la bila dah selalu bersama tu yg timbul perasaan lain tu.....tu x menjadi masalah sangat....yg menjadi masalahnya sekarang adalah aku dah tau dia suka kt sape,,,,,,dia yg story kt aku....tu x jd masalah lagi....sbb aku x kesah sangat sape dia suka janji dia bahagia...happy...tersenyum selalu...tu dah cukup tuk aku....sakit hati aku bila tengok dia chat.......SAKIT TU!!!!!!!!!!!!......
redha je la bila terpaksa bertepuk sebelah tangan nie.....aku dengan die lebih kurang rapat gak la....tp dalam hati dia mungkin aku nie memang setakat best @ kawan rapat je kot......


DbZ

Thursday, September 16, 2010

hari raya ke 7

hari raya ke 7 agak berbeza sikit la kalau nak dibandingkan dengan raya pertama hingga ke 6.....

rasanya dah lama saya x beraya sakan macam semalam.....

first, pergi rmh ati. ati tu pun saya baru je kenal tahun ni sebelum pose dulu....semuanya sebab naqib la ni....punya la seronok duduk dekat rumah dia sampai lupa pula yang ada rumah orang lain nak kena pergi. mus mmg mcm sial....biasa je....biasa je....nasib baik ada ribena.....hahahahahaha......haram tol la kau mus.....

lepas tu ke rumah ili pula. sampai2 je dan dengan irfan dah ada dekat sana. plan asalnya saya patut follow dan tp since dah follow naqib ke rumah ati so saya terus follow naqib la.....rumah ili sekejap je...x de lama sangat.......

after that, saya x follow dan sbb dah dari awal follow naqib so, saya terus follow dia la....rumah yang ke 3 pula rumah ika rahman.....dia ni lagi la...dah la x pernah cakap dgn die kenal lagi la tak.....tp tumpang orang punye pasal, buat cara menumpang gak la....seronok gak ddk kt rmh dia.....mak dia sempoi gile!!!! (satu due tige senyum).......ika tu pon x de hal la....padahal kt sekolah x pernah kenal pon....dalam masa berapa jam je kiteorg kenal.....pada asalnye kt rmh ika ade saya,naqib,bazil,ain,zyhan ngan ruby....tp zyhan ngan ruby balik dlu....x pe la sbb dorang ade transport sendiri.....kami berlima termasuk ika dok bising kt dapur.....main who's next.......permainan buang masa.....tp agak mencabar la.....tu pon sbb nk tggu syaza dtg.....die plk dtg ngan syahmin...katenye bdk sekolah permata...mcm pernah nmpk sbnarnye tp x igt kt mane......papahal pon mak ika mmg sempoi.....thanks auntie.....

lps tu g rmh nabil...mmbr sekolah kebangsaan dlu....lagi lame x jumpe die....smpi menangis saya bile jumpe die...hahaha.....ddk kt rmh die x de la lame sgt tp x de la sekejap...biase2 je la.....dok sembang2 ngan die....seronok gak la dapat jumpe balik member sekolah dlu....

rmh yg last sekali rmh azreena....die nie saya tau la..sbb die bdk pengakap dlu...x tau la die knl saya x....jumpe kt rmh die tegur biase la....rmh die kejap je...lagi pon smpi kt rmh die agak lewat la....

nak die ceritanya mmg raya yg ke 7 tahun nie mmg the best la sbb merantau dari rumah ke rumah...tu la maksud raya yg sebenarnye...kite saling mengunjungi rumah sanak saudara, member2....mmg seronok la....dah la kuar dari tgh hari balik lewat malam....sume tu g beraya je la...bknnye lepak....papahal pon thanks la naqib,bazil,ain,ika,syaza,nabil,ati dan ramai lagi yg telah menjadikan raya yg ke 7 pada tahun nie lebih bermakna....(nama2 tu byk sgt la kalu nk tulis).........sekian wasalam.....



DbZ

Friday, September 10, 2010

hari raya...

berlalulah sudah ramadan. udah sebulan kite berpose (sape yg penuh la)

syawal pula tiba bagi menyambut kemenangan umat islam dalam melakukan ibadah pose

tahun nie raya mcm dah x beberape best la

die punye feel tu x smpi la

dah la duit raya pon x dpt. lagi la sedih

tp dalam kesedihan itu pasti ada kegembiraan

sbb dah boleh makan pagi dan tgh hari

Friday, September 3, 2010

aku, mereka dan kampung halaman...

mula2 wawan
after him din....
lepas tu born...
next is me....
after that wan.... 
selepas itu acap....
last but not least ayie......

semuanya mempunyai satu matlamat dan satu tujuan.....

iaitu untuk pulang ke kampung halaman dan menyambut hari raya aidilfitri bersama mereka yang tersayang

Selamat Hari Raya...

assalamualaikum dan selamat sejahtera....

satu demi satu ia pergi.....
sekali lagi ia akan pergi meninggalkan kita....
diharap agar dapat kita bertemu lagi ditahun depan dan pada tahun2 yang akan datang.....
berlalulah ramadhan dan akan datangnya syawal....
so,selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir dan batin.....
saya dah nak balik rumah....
saya nak jumpa mak saya...
saya nak makan masakan mak saya....
sebab saya rindukan mak saya.....



DbZ 

Tuesday, August 31, 2010

meggi goreng....

assalamualaikum dan selamat sejahtera....

haram toi.....

saya dah ikut resipi yg biasa saya follow....

tp kenapa x jd gak.....

kalu kt kl sempoi ja.....

kenapa saya buat kt penang x sedap....

saya bengang toi la...

mungkinkah saya dah hilang touch kt penang...

KENAPA!!!!!!!!!


DbZ 

Monday, August 30, 2010

pagi merdeka....

assalamualaikum dan selamat sejahtera....

pagi merdeka......

perkara yang sama akan berlaku macam hari2 lain gak....

biasa la mula2 bgn (pkl 1.01) pergi toilet.....

pastu saya call die....

lepas tu boleh pula saya nak online....

sedangkan ada 2 report essay kena hantar esok......

hari rabu pula ada test account......

mmg terbaik..... 


DbZ

malam merdeka....

assalamualaikum dan selamat sejahtera....

pada 30 ogos,biasenye org akan kuar pergi sambut merdeka(konon-kononnye). biasenye saya pon kuar gak kalu kt kl. tp tah la..hari nie mcm malas nk kuar....nk dijadikan ceritanye, bdk rmh saya sumenye kuar sambut merdeka (konon-kononnya) tp saya pon x tau la. sebenarnya x malas bleh je nk pegi tp mcm ade satu perasaan tu yg menghalang daripada saya tuk pegi....ramai plk tu yg join...tu yg lagi buat saya rase menyesal x follow....dorang sume berseronok tp saya kt rmh sorang2 melayan lagu korea je la....kalu ade teman disisi ke...teman sms ke....bleh diterima lagi..tp x de sape pon nk sms ngan saya....org tu plk sekarang kedekut kredit. katanya saving....x tau la....sbb die mmg suke berbelanja....tah ngan sape la die sambut merdeka skarang......for conclusion....saya agak menyesal la x follow bdk rmh saya kuar nie.....kalu lah bleh diputarkan masa tu...mmg confirm saya akan follow nye....tp ape bleh buat...terlajak perahu bleh diundur,terlajak kata ddk sorang2 kt rmh la.....


DbZ 

Sunday, August 29, 2010

pergh......

assalamualaikum dan selamat sejahtera...


pergh......


td aku jumpe die sat.....


igtkn bad mood lagi la die....


alhamdulillah die dah ok.....


x tau la die mmg ok ke atau die buat2......


biase la tu......








DbZ

alhamdulillah

assalamualaikum dan selamat sejahtera......

alhamdulillah.selesai sudah upacara berbuka pose. mntg2 la saya kt penang so yg kt kl tu seronok la dpt buke awal cket......
tp dalam seronok dpt buke pose nie pon hatiku agak resah la....
tah la.....bnd rasenye kecik je tp mcm bnd tu sentiasa bermain di fikiran la.....



DbZ

Saturday, August 28, 2010

Segalanya bermula disini....

assalamualaikum dan selamat sejahtera.....
diharapkan agar semuanya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.....
bagi merasmikan blog saya yang pertama, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya secara langsung dan juga tidak langsung....mahupon secara siaran tertunda.....
disini ingin saya menyeru semua warga malaysia agar bersatu dalam kita memajukan negara kite yang tercinta ini.
kerana ini adalah tanah air kita, jika bukan kite yang memajukannya siapa lagi????
jadi majulah sukan untuk negara....
sekian terima kasih....



DbZ