Monday, November 29, 2010

aku, mereka dan 2 minggu

wah. sudah lama aku tak meng'update' blogku ini. rasanya dah penuh dengan sawang. tepat pada pukul 2.17 pagi, dan aku masih lagi berjaga kerana apa pun aku tak tahu. malang buat diriku ini kerna tak dapat bekerja pada cuti sem ni. dah dua cuti sem berturut-turut aku tak dapat kerja.

sejak cuti ni, aku macam biasa la walaupun tak mempunyai wang tapi masih lagi keluar malam dan balik pada subuh hari. kemudian bangun pada tengah hari. mak aku sentiasa bising padaku kerna bangun lambat. tapi aku tak kisah. bukan kerna aku kurang ajar tapi kerna aku dah lama tak kena bising dengan mak ku. mentang-mentang la kita ni duduk jauh jadi agak rindu la.

aktiviti lepak malam ku biasanya bermula pada pukul 12 tengah malam. aku pun tak tahu kenapa kami tak nak lepak lebih awal. tempat pertama yang biasanya kami akan pergi adalah ke tempat pool di wangsa maju. memang sudah menjadi lumrah bagi kami untuk pergi bermain pool dahulu. kemudian baru lah kami akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk mendapatkan kata putus untuk ke destinasi seterusnya. sejak akhir-akhir ini kami sering memperkatakan mengenai satu port "BAIK PUNYA". pada mulanya aku tak mengerti port apa yang diperkatakan sehinggalah aku dibawa ke sana.

masa berlalu dengan fast. cutiku kini hanya tinggal sebulan. setelah 2 minggu dirumah, aku berasa sungguh seronok kerna dapat bertemu semula keluarga, rakan-rakan dan mereka yang ingin ku jumpa. tapi aku masih tertanya-tanya mengenai khabarnya di sana. pada awal cuti yang lalu aku berkesempatan untuk meng 'sms' dia. alhamdulillah tanpa halangan dia telah reply sms dia. aku agak seronok gak la. dia ada story dengan aku yang dia sekarang sedang mengambil lesen L. wah! bukan main seronoknya dia dalam sms tu. bukannya apa sejak di penang lagi dia bising pasal nak drive kereta. aku tumpang gembira untuk kau. tapi sejak kebelakangan ni aku agak susah untuk contact dia. bukannya aku tak call tapi dia yang tak angkat. banyak kali pula tu. bila aku menghantar sms, dia tak reply. sehinggalah pada satu hari tu dia online facebook dia. aku pun bertanya la dia. menurut status baru dia, sepertinya dia sedang memerhatikan seorang mamat yang katanya memang kena taste dia la. aku pada masa itu bercampur aduk perasaan ku. tapi aku sentiasa cool. kami berborak seperti biasa sehinggalah aku bertanya pada dia. "asal susah nak contact kau sekarang? aku call kau tak angkat" dan dia langsung tak reply seterusnya offline. jadi sekarang ni aku tak tahu sama ada dia memang tengah sibuk atau dia sengaja mengelakkan diri daripada aku. biarlah. just wait and see.

No comments:

Post a Comment