Baru-baru nie aku ade tengok movie. Maklumlah kt laptop + external aku ade banyak movie. Sampaikan lecturer aku pon nak pinjam akunye external. Satu movie nie aku tak pernah tengok. Yang satu lagi aku dah tengok sebelom nie tp disebabkan baru download, aku tengok la lagi.
Movie pertama yang aku maksudkan adalah MARLEY & ME.
Aku tak pandai nak menceritakan cerita tapi aku akan cube sedaya upaya aku untuk pahamkan korang. Cerita ini mengisahkan John yang membuat kejutan kepada isterinye Jennifer dengan menghadiahkan seekor anjing yang diberi nama Marley. Marley adalah seekor anjing yang 'hyper'. Pada mulanya agak sukar bagi mereka untuk menjaga Marley sehingga pernah terfikir oleh isterinya untuk membuang Marley. Tapi ditentang John. Marley hidup bersama dengan keluarga John daripada kecil sehingga usia Marley tua. Marley juga seekor anjing yang makan apa saja termasuklah kadboard. Pada usia tuanya, Marley telah dikesan mengalami komplikasi di perutnya. Banyak cara telah dilakukan oleh John tapi tiada hasil. Sehinggalah John mengambil keputusan untuk mematikan anjing nya sendiri. Cerita yang cukup sedih.
Lagi satu movie yang aku tengok adalah Taegukgi a.k.a Brotherhood.
Korang ingat lagi tak cerita nie? best kan? Ok. Kisah cerita bermula pada 1950an dimana ketika itu Korea Selatan(KS) dengan Korea Utara(KU) berperang. Dua beradik, Lee Jin Tae dan Lee Jin Seok terpaksa meng'volunteer'kan diri mereka masuk askar. Ketika dalam askar, Jin Seok perasan yang abangnya berubah sikap mengejar pangkat. Membuatkan hubungan mereka tak seperti dulu. Disatu kejadian, dua beradik ini melihat dengan kepala mereka yang tunangnya Jin Tae dibunuh oleh pasukan amende Korea Selatan. Mereka berdua ditangkap oleh askar KS. Komander ditempat itu telah mengarahkan penjara dibakar kerana pangkalan mereka diserang askar KU. Jin Tae yang menyangka adiknya mati dalam kebakaran itu telah berpaling tadah ngan menge'join' KU. Endingnya......korang tengok sendiri la. kalu cerita tak seronok la. Tapi memang korang kena tengok cerita nie. Tak sia-sia korang tengok.
Relate dengan tajuk blog pada hari nie, tak tipu aku cakap kat korang yang aku menangis giler tengok dua cerita nie. Cerita yang first tak sangat la tapi cerita Taegukgi memang aku menangis macam orang giler.Nasib baik orang rumah sume dah tidoq. Kalau tak agak malu den.
Akhir kata daripada aku.....korang tengok la dua cerita nie. Memang best.
No comments:
Post a Comment