Thursday, November 11, 2010

12 / 11 / 2010

Today is the day. 12/11/2010. Hari penghabisan untuk belajar di UiTM bagi semesta 2. Tarikh tu juga menunjukkan yang aku nak balik KL dah. Aish.....macam-macam benda terjadi di sem 2 ni. Ada yang suka dan ada yang duka. Biasalah tu. Hidup seseorang manusia tu mesti ada asam garamnya.

Dalam semesta 2 ni, ada la beberapa perkara yang aku tak sangka yang aku tak jangka yang aku tak pernah terfikir atau terlintas pun di fikiran untuk aku melakukannya.

Boleh gak la aku share sikit apa yang terjadi.

Bagi yang dukanya, macam ni ceritanya. Aku ada seorang kawan ni yang bernama T(bukan nama sebenar). T ni dia agak suka berpakaian seperti lelaki. Tapi kalau dia pakai baju kurung.....terboik wa cakap sama lu. Comel gila!! Macam ni masa kejadian tu berlaku hari jumaat tak silap aku. Masa tu ade test management. Sebelum start test, biasa la budak-budak semua sibuk baca buku. Last minute study la katakan. Aku sampai-sampai dewan, aku pun buka buku gak. Selepas itu T ada kat sebelah aku. Dan selepas itu aku borak-borak dengan budak-budak lain termasuk la dia. Secara tak sengaja, aku memanggil dia dengan satu panggilan yang dia dari dulu lagi dah cakap kat aku dia tak suka dipanggil begitu. Apa panggilan tu dirahsiakan. Aku memang serba salah gak la. Selepas test aku minta maaf kat dia. Balik rumah aku sms dia lagi. dia reply katanya dia ok. Aku pun dah janji dengan dia yang aku tak kan panggil dia macam tu lagi. Tapi dia sekarang macam dah tak suka nak jumpa aku dah...So, tunggu next sem la macam mana. Kalau dia masih macam tu aku cuba slow talk dengan dia la.


Tu yang duka. Yang sukanye lain ceritanya. Tapi aku tak tau la aku suka atau tak. Sebab aku tak pernah terfikir aku akan buat macam tu. Yang pertamanya masa on the way nak balik Penang dari P.Perhentian aku memang berjaga dalam bas tu walaupun jam menunjukkan dah pukul 10. Aku ada minat kat minah seorang ni. Aku tengok dia tidoq best je. Tapi aku perasan gak la yang dia macam kesejukan. Pikir panjang gak aku sama ada nak buat atau tak. Setelah dibincang dengan member aku sorang ni S(bukan nama sebenar), aku pun meletakkan akunya sweater kat dia. BETOL....aku tak tipu. Aku sendiri tak percaya yang aku berani buat macam tu. Ingatkan tak ada orang nampak, malangnya ada seorang member H(bukan nama sebenar)  ni nampak. Sebab yang lain tengah tidoq. Sekali esoknya A post kat wall aku kat facebook "Hero gadis-gadis". Sampai ke kelas dia panggil aku macam tu. Aku biarkan je la.

Ada lagi satu. Yang ni lagi la dasyat. Baru saja berlaku. Ada satu hari ni aku,S,F dengan A pergi QB. Aku memang menceritakan segala benda dengan S. Aku ada satu plan ni. So, kat sana kami pergi ke satu kedai serbaneka. Aku ada beli la benda macam patung kecik-kecik la. Aku tak ada duit nak beli yang besar-besar. Bila F tanya aku patung ni untuk siapa, aku asyik bagitau dia yang aku nak bagi hadiah dekat si dia yang disayangi / dicintai. F pun tolong aku pilihkan sebab aku ni lelaki mana la tau perempuan suka apa. Tanpa disedari sebenarnya hadiah tu untuk dia. Recently gak la hari jadi dia. Tapi ada orang buat lagi gempak untuk dia. Aku ada story dalam blog aku sebelumnya. So, aku ambil keputusan untuk bagi dia sebelum kami balik rumah masing-masing. And guest what aku baru sahaja bagi dia tadi. Aku suruh dia janji dengan aku buka hadiah tu nanti. Sekarang ni aku tak tau la dia dah buka belum. Sebab aku agak malu kalau dia buka depan aku. Aku kan tak pernah buat benda macam ni. So, sekarang ni aku tak tau la reaksi dia apa kalau dia dah tengok. Aku ingat sebelum aku balik sat lagi , aku nak jumpa dia jap. Nanti lama tak jumpa dia. Rindu nanti. Aku harap dia tak balik lagi la. Dan aku harap dia dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan melalui hadiah tu.

So, akhir kata majulah sukan untuk negara....
MALAYSIA BOLEH!!!!!

No comments:

Post a Comment