Thursday, June 21, 2012

Lets Do Some Cooking: Spaghetti Carbonara/Cream Sauce

Makanan yang dari dulu lagi nak buat. Baru dapat peluang buat dish ni minggu lepas.


 Spaghetti Carbonara. Ini resepi yang saya buat ye...

-spaghetti
-cream
-garlic and onion
-minced meat (optional. kalau nak letak hotdog atau ayam pun boleh)
-oregano sikit
-salt and paper

Cara buat pulak:

rebus spaghetti(pastikan air direneh sehingga menggelegak baru dimasukkan spaghetti). untuk kuahnya, saute bawang putih dan bawang besar sekali sehingga naik bau dan bertukar warna sikit. masukkan minced meat, perasakan daging tersebut dengan garam dan lada serta sedikit oregano. selepas itu, masukkan cream, perasakan kuah tersebut. tunggu dalam 2-3 minit. jika anda rasa pekat sangat kuah, tambahkan sedikit air sehingga anda berpuas hati. siap!! hidangkan bersama serbuk cheese.

Cubalah ye!! :D

 

Welcome to Japan.

Pada hari selasa yang lepas, ketika dalam perjalanan pulang dari Low Yat Plaza saya telah singgah ke Pavilion and I found this: 


Yeah!! Tokyo Street!!! Bila nampak signboard ni, memang dalam kepala ada satu benda je saya fikir, Kamen Rider. Tapi malangnya tak ada barangan Kamen Rider.

Tempatnya tak de la besar tapi ok la sebab jual kat sana ada jual makanan jepun seperti sushi, mereka pny bubble tea, udon dan sebagainya. Barang-barang keperluan rumah pun ada. Semuanya made in japan. Rambang mata dibuatnya.

Tapi jika anda seorang muslim dan ingin membeli makanan jepun disitu, pastikan tanya dulu pekerja disana sama ada makanan tersebut halal atau tidak. Kita mana nak tau apa benda yang ada dalam makanan tu sebab makanan tu terbang terus dari Jepun.


*Tak banyak gambar lak. Rambang mata tengok barang-barang kat sana. hehehehe

Tuesday, June 12, 2012

2 and 1/2 years... Thank You Part 2

Lebih kurang macam yang part 1, part 2 akan saya letakkan sebahagian daripada gambar aktiviti2 yang telah saya buat semasa semester 2 dulu.




Kolam Air Panas!!!











Our first class trip to Perhentian Island

Tuesday, June 5, 2012

Lets Do Some Cooking: Morning Delight

Mulakan harimu dengan menikmati breakfast yang lazat. Itu hari saya ada buat omelette. bunyi simple je kan. masak telur dadar je pun. tapi daripada simple atau biasa tulah kita boleh tukarkan jadi sesuatu yang luar biasa.




Recipe:
2 biji telur 
sedikit oregano
cheddar cheese
thousand island sauce.

Cara membuat:

biasalah. pecahkan telur dalam mangkuk dulu. pukul sebati. panaskan minyak dan letak telur tersebut. biarkan sekejap dalam seminit dua gitu. sambil biarkan tu usik2 sikit tepi2 takut telur melekat ngan kuali. lepas itu letak bahan2 lain(oregano, cheddar cheese dan thousand island). kemudian tutupkan ia. dan siap.

kalau nak letak benda lain macam ubi ke isi ayam atau daging ke boleh je tapi pastikan ia dimasak terlebih dahulu.



:D

 

Thursday, May 24, 2012

Simple not Pimple

A few days ago, saya terasa nak buat spaghetti black pepper. So, I just grab apa yang ade kt dalam peti sejuk tu. Masak tak gunakan resepi pun. Memang tak tau la apa kepala ni fikir. So inilah hasilnya.





Ni la hasil 1st try. Spaghetti Black Pepper.


Rasa ok. Tapi agak tak cantik la. So, the next day, saya cuba buat lagi. N this is the result.


 Yang ni tak sehitam yang awal and the taste is better. Lagi sedap la. So, home cook memang tak perlukan resepi bagai. You just need some inspiration and imagination. :D

Tuesday, May 22, 2012

2 and 1/2 years... Thank You Part 1

Untuk entry kali ini, saya ingin mengucapkan terima kasih untuk 2 tahun setengah yang bermakna dan berharga. Insyallah tak kan ku lupakan 2 tahun setengah ini. Tempoh tersebut ialah tempoh saya amik diploma kat UiTM Penang dari sem 1 - sem 5. Sem 6 sekarang tengah buat praktikal. Jadi semua bertaburan di sekitar semenanjung Malaysia ni. Untuk bahagian yang pertama ni, saya akan letakkan antara memori2 sem 1 yang masih disimpan. Let the picture do the talking.

DT1A1/A2

Selepas menang best performance tapi saya tak join

Saya, Azri, Aril, Hyqal

Gambar sekelas






Praktis sebelum performance yang menang tu

Main drum




Kesatria sem 1. hahahahah

Dari kiri: Bon, Fendi, saya, Azri, Yuyu, Tira

Bawah dari kiri: Zac, Amir, Hafiz, Hyqal. Atas dari kiri: Teha, Aril, Erin


Jijot, Sha, Nieza, Fana

Yuyu, Tira, Ruby dan saya (atas)


Ada banyak lagi gambar-gambar dari sem 1. Tapi setakat ni je la.

Thursday, May 10, 2012

tatkala kesejukan 'air-cond' sedang menyelubungi diriku, tatkala diberi dan membuat tugasan, aku mula merasa kesepian yang melanda diriku. sambil membuat tugasan, aku mendengar harmoni muzik jazz yang menggunakan alat muzik saxophone, aku mula merinduimu.

Nothings gonna change my love for you oleh Kaori Kobayashi. tiada apa yang boleh mengubah cintaku terhadapmu. sedangku cuba untuk melupakan perasaan cinta kasihku terhadapmu tapi ia sukar bagiku. portrait wajahmu berada dimana-mana. mungkin mereka cuma pelanduk dua serupa. kehadiranmu dalam mimpiku, huh... sukarku melupakanmu...